Friday, May 1, 2009

Mesti baca!!!

Dapatkan sekarang !!!

Jika anda diajukan dengan satu persoalan, benarkah Iskandar adalah Zulqarnain? Apakah jawapan anda? Sama ada jawapannya ya ataupun tidak, apakah pula hujah anda? Apa bukti yang menyokong hujah itu? Mungkin bagi sebahagian individu, persoalan ini tidaklah terlalu penting terutamanya dalam konteks semasa. Namun, secara sedar ataupun tidak, persoalan ini sudah menyebabkan wujudnya satu kekeliruan sejarah yang cukup dahsyat.

Sama ada anda percaya ataupun tidak, jawapan sebenar kepada persoalan itu adalah ‘tidak’. Berdasarkan gambaran yang diberikan oleh Quran iaitu dalam surah al-Kahfi, Iskandar tidak layak disandarkan kepada Zulqarnain. Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia sangatlah bercanggah. Mungkin sejak sekian lama disebut-sebutkan bahawa Iskandar adalah Zulqarnain tanpa memberi ruang kepada tokoh-tokoh lain yang juga mempunyai kredibiliti untuk disandarkan kepada gelaran Zulqarnain seperti yang digambarkan oleh Quran. Kemungkinan juga perbincangan mengenai tokoh lain yang lebih sesuai digelar Zulqarnain tidak sampai kepada kita. Kini, PTS Millennia Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan PTS mengambil inisiatif bagi memperjelaskan persoalan ini kepada masyarakat. Melalui kepakaran dan kajian mendalam oleh Afareez Abd. Razak Al-Hafiz, seorang pelajar P.hD daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), PTS Millennia Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku berjudul, BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN.

Buku ini mengetengahkan kisah empat raja agung dunia purba berserta nabi-nabi yang terlibat dengan mereka. Sejarah hidup beberapa nabi lain juga dimuatkan bagi memudahkan kefahaman terutamanya daripada sudut kronologi sejak zaman Nabi Adam sehinggalah ke zaman Alexander the Great. Empat raja agung dunia purba itu mengikut turutan sejarah hidup mereka adalah Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander the Great). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini dapat membantu anda supaya lebih memahami sejarah silam. Namun, perbincangan utamanya adalah, apakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar sedangkan Iskandar adalah suatu perkara manakala Zulqarnain pula adalah suatu perkara yang lain.

Sejarah mencatatkan bahawa apabila tertegaknya empayar Islam, terdapat dua lagi empayar besar yang bersebelahan iaitu Rom dan Parsi. Oleh sebab sejak awal penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad lagi, empayar Rom sudah menunjukkan sikap berdamai dengan umat Islam, maka pengaruh dan budaya mereka lebih mudah difahami oleh umat Islam atas dasar hubungan baik antara kedua-dua empayar itu. Manakala, keadaan yang sebaliknya berlaku di antara empayar Islam dan Parsi. Ini disebabkan sikap angkuh seorang raja Parsi yang memandang rendah dan menghina kewibawaan Islam pada ketika itu. Maka terjalinlah hubungan yang berbaur permusuhan di antara mereka. Persoalannya, apakah pengkajian budaya dan sejarah berkaitan empayar Parsi perlu diketepikan hanya kerana salah seorang raja mereka yang enggan menghormati kedatangan Nabi Muhammad dan pada masa yang sama pengaruh, budaya dan sejarah Rom diberi penekanan oleh kerana kesudian maharaja mereka melindungi pelarian umat Islam yang menyelamatkan diri daripada kezaliman orang musyrikin? Secara ringkasnya, Rom adalah sebuah empayar yang dipengaruhi oleh budaya Yunani yang mana wira agung bagi masyarakat itu adalah Raja Iskandar (Alexander the Great) dan tidak lupa juga Raja Leonidus, pemerintah Sparta yang menjadi ikon kebanggaan orang Kaukasia. Beliau yang hidup lebih kurang 150 tahun sebelum Raja Iskandar, mengorbankan diri sendiri demi mempertahankan kemasukan Parsi ke Yunani. 

Pada awal kurun ke-7 Masihi, Nabi Muhammad tidak menerima sebarang masalah daripada empayar Rom berbanding dengan empayar Parsi khususnya melibatkan usaha dakwahnya. Jika kita lihat di awal Surah ar-Ruum diceritakan bagaimana orang Islam menyebelahi empayar Rom disebabkan mereka menganut agama Nasrani yang juga salah satu agama wahyu sebagaimana Islam. Manakala orang-orang musyrik menyebelahi empayar Parsi disebabkan empayar ini beragama majusi. Orang Islam bergembira apabila Rom menang dan orang musyrik bergembira tatkala Parsi pula menang. 

Agama Nasrani mula berkembang luas di empayar Rom pada kurun ke-5 Masihi (lebih kurang 200 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad) walaupun salah seorang maharaja Rom mula menganut agama Nasrani pada kurun ke-4 Masihi. Agama ini melalui perubahan dan penyelewengan hingga kini khususnya melibatkan konsep triniti di mana Nabi Isa yang pada awalnya utusan tuhan dijadikan sebagai anak tuhan pula. 

Secara umum kita mengetahui peranan empayar Rom dan anutan agama mereka sejak zaman Maharaja Konstanstine hingga ke zaman Nabi Muhammad dan proses perubahan dan penyelewengan yang dilaluinya hingga sekarang. Namun, mungkin kita kurang memberi perhatian kepada asal usul, agama, peranan, dan budaya empayar Parsi dari kurun ke-6 sebelum Masihi (lebih kurang 1000 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad bahkan lebih daripada 500 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa) hingga ke zaman Nabi Muhammad sendiri. Pada peringkat awal pemerintahan empayar Parsi, mereka menganuti agama Zoroester yang mana agama ini dibahaskan juga sebagai salah satu agama wahyu. Namun seperti agama Nasrani, agama ini juga melalui proses perubahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh penganutnya hingga dikenali sebagai majusi.

Maka sekiranya dicadangkan bahawa salah seorang raja daripada empayar Parsi adalah calon yang paling sesuai bagi gelaran Zulqarnain, maka agak sukar bagi kita menerima cadangan itu memandangkan reputasi empayar itu pada zaman Nabi Muhammad dan gambaran yang disampaikan kepada kita lebih-lebih lagi pengaruh melalui filem ‘300’, sebuah produksi dari Hollywood yang cuba memburukkan budaya Parsi semata-mata kerana negara Parsi kini dikenali Iran. Sedangkan perbincangan mengenai Zulqarnain pergi jauh ke zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad bahkan sebelum Nabi Isa. Sehinggakan jika kita hendak mengatakan bahawa Raja Iskandar itu Zulqarnain, perbincangan ini merujuk kepada sejarah lebih kurang 900 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad yang mana pada ketika itu masyarakat Yunani adalah penyembah dewa-dewi termasuklah Raja Iskandar sendiri. Bukankah Zulqarnain itu seorang yang beriman?

Penerbitan buku, BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN adalah penting supaya kita dapat lebih memahami sejarah dari kefahaman yang sedia ada serta mengambil kira bahawa sesebuah empayar, budaya atau masyarakat dilihat sebagai sebuah tamadun yang baik pada satu-satu ketika tidak bererti ia baik sepanjang masa. Sebaliknya pun begitu, jika sesebuah empayar, budaya atau masyarakat itu dilihat tidak baik bukannya bererti ia tidak baik sepanjang zaman. Jika dilihat empayar Parsi sebagai sebuah empayar yang biadab dan degil pada zaman Nabi Muhammad, bukankah di bawah empayar ini juga terasasnya carta hak asasi manusia pertama pada kurun ke-6 sebelum Masihi? Terdapat pihak yang mengatakan empayar Parsi mengamalkan penghambaan kepada orang-orang di bawah jajahannya. Bukankah terdapatnya dokumentasi dan artifak yang membuktikan sebaliknya? Bahkan pada zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad amalan penghambaan adalah satu budaya dalam kesibukan pasang surut dan jatuh bangun sesebuah empayar. Dengan kedatangan Nabi Muhammad, penghambaan diberi perhatian dan langkah-langkah pembebasan mereka diambil terutamanya melalui amalan-amalan agama.

Jika kita perhatikan, Jepun pada tahun 1940-an hingga 1950-an dilihat sebagai masyarakat yang kurang baik akibat daripada sikap mereka menjajah sesebuah negara, mengeksploitasi hasil sumber negara itu, menzalimi, membunuh dan menghambakan penduduk tempatan. Namun pada era 70-an, mereka menyumbang ke arah pembangunan teknologi terutamanya di dalam bidang permotoran dan alat perubatan. Apakah sikap mereka khususnya generasi dahulu dan sekarang, dan persepsi kita terhadap mereka sama sahaja sepanjang zaman? Begitu juga dengan empayar dan masyarakat Rom serta Parsi. 

Sesebuah masyarakat itu mungkin menyumbang ke arah pembangunan ketamadunan dunia pada satu ketika, dan meranapkannya pada ketika yang lain, begitu juga sebaliknya. Ruang perlu diberi supaya perbincangan sosio-sejarah boleh mengambil tempat. Justeru, tokoh yang lebih patut disandarkan kepada gelaran Zulqarnain adalah dari empayar Parsi. Apa buktinya, di manakah rasionalnya? Semuanya diperjelaskan dalam buku ini.

Wednesday, March 11, 2009

Foreword by admin !!!

Assalamualaikum...

under construction